cat


Wednesday, 5 September 2012

Modifikasi tingkah laku : peneguhan positif dan negatif, denda dan peneguhan, reserve psikologi,


Pengenalan
Pengertian tingkah laku
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid-murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.
Menurut  Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘The School and the Behaviour Problem Child‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Rujukan:  http://www.google.com.my/url?

Modifikasi tingkah laku

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (rujukan Psikologi Pendidikan untuk Kursus diploma Perguruan Semester 3, Mok Soon Sang )
Modifikasi perilaku adalah suatu bentuk perubahan kerana adanya upaya modifikasi. Modifikasi perilaku merupakan pokok bahasan dalam lingkup psikologi yang memusatkan perhatiannya untuk menganalisis dan memodifikasi perilaku manusia. (rujukan http://dyahsari05.blogspot.com/2009/01/modifikasi-perilaku.html)
 Modifikasi tingkah laku ialah analisis gunaan tingkah laku @ ‘applied behaviour analysis’ adalah pengunaan sistematik p-prinsip psikologi ke atas individu untuk fahaman & mengubah tingkah laku.
Menurut RR Bodzin (dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) modifikasi Tingkah Laku adalah "usaha menggunakan p-prinsip psikologi dan juga p-prinsip psikologi eksperimental yang lain untuk tingkah.laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah diubah.”
Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.
 Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah:
• Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
• Menetapkan matlamat
• Menentukan strrategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan tindakan
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MODIFIKASI TINGLAH LAKU:
Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid. Antara teknik modifikasi adalah seperti berikut:
1. Peneguhan
 Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.
Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran.
Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya.
Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi  supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.
Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

2 .Denda dan Peneguhan

Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.
Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.
Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3. Reverse Psychology

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

No comments:

Post a Comment