cat


Wednesday 5 September 2012

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - shaping, kontrak secara lisan dan bertulis, token ekonomi

LEE SIN LOK                                                                       DPLI-PRASEKOLAH    

Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F. Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau merupakan orang yang terawal mempelopori konsep “shaping” dengan menjalankan satu eksperimen ke atas sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau melatih seekor tikus menekan tuas. Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran seperti bijiran. Sebaliknya jika tikus itu melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran yang akan diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat pergerakan yang tepat ke arah tuas untuk menekan tuas.
Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-betul bermakna bagi murid itu berkenaan. Contoh senario 1 di bawah akan menggambarkan teknik shaping ini digunakan.
Senario 1
Seperti biasa di dalam kelas, Ji Yoon tidak pernah menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ji Yoon menghabiskan 3 soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu Kim cuba merekabentuk intervensi shaping bagi membantu Ji Yoon mentiapkan atihan kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas berjaya menghabiskan 4 soalan, 5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ji Yoon hanya mampu menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu Kim tidak akan memberikan sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ji Yoon berjaya menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu Kim pun berhentikan pemberian pengukuhan tersebut.

Kontrak (Lisan dan Bertulis)
Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.  ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip Premackjika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y

Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y
X
Kemudian
Y
Duduk diam di tempat duduk.

Dapatkan masa rehat selama  minit.
Daftarkan secara sukarela menjadi ahli pasukan bola tampar di sekolah.

Dapatkan pengiktirafan guru besar
Menepati masa ke sekolah.

Murid yang pertama keluar semasa rehat.
Tidak membuat bising di dalam kelas.

Dapatkan sticker tambahan.
            Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.


Contoh Kontrak Secara Bertulis

Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan _________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada ____________. (tarikh)
            Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
_____________________________________________________________
            Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

                                                                        Tandatangan murid : _______________
                                                             Tandatangan guru : _______________
                      Tandatangan murid : _______________


            Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu dilakukannya.  Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.

Token Ekonomi
            Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-
-       Bintang
-       Smiley
-       Setem
-       Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. Jadual 2 di bawah menunjukkan respons untuk memperoleh tokens dan contoh menu ganjaran untuk menebus nilai tokens dalam membentuk tingkah laku pembelajaran:

Jadual 2: Respons untuk memperoleh tokens
Respons untuk memperoleh tokens
Respons
Kriteria
Bil. tokens
Membaca
1 jam
1
Membaca
1 ½ jam
2
Mengarang
100 perkataan
1
Mengarang
150 perkataan
3
Tugasan
1
2
Tugasan
2
4

Contoh menu ganjaran:
Ganjaran
Masa
Bil. token
Masa lapang
10 minit
20
Menonton television
30 minit
45
Membaca buku cerita
5 minit
15
Mendengar CD
10 minit
20
Kedudukan pertama dalam barisan ke kantin
2 hari
35


Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap P&P
            Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku pembelajaran yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.
Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.



Rujukan
      Teknik-teknik modifikasi tingkah laku. (n.d.). Retrieved 17 July 2012 from --             
      Teknik modifikasi tingkah laku. (n.d.). Retrieved f 13 July 2012 rom                 
      Pengurusan tingkah laku, Retrieved 20 July 2012 from             
      Song Sang , M. (January 2011). Bimbingan dan kaunselling kanak- kanak. -           
                  (2 ed.). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
DOI: www.penerbitan-multimedia.com
      Lean Keow, C. (2009). Pengurusan bilik darjah dan
                      tingkah laku. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman  Sdn Bhd.
      Mok S.S. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


2 comments:

  1. maklumat yg sgt terperinci...tenkiu.. :)

    ReplyDelete
  2. If you're trying hard to lose fat then you certainly need to try this totally brand new custom keto meal plan.

    To produce this keto diet service, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional cooks united to provide keto meal plans that are useful, convenient, economically-efficient, and satisfying.

    From their grand opening in early 2019, hundreds of people have already remodeled their figure and well-being with the benefits a proper keto meal plan can offer.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones provided by the keto meal plan.

    ReplyDelete